Nabi Muhammad S.A.W. pernah bersabda bahawa: “Aku bimbang ke atas kamu orang-orang yang lebih dahsyat dari dajjal”, bila ditanya siapakah mereka itu? jawab baginda, “Ulama Sukk”.
Dalam sebuah hadis yang lain: “Sesungguhnya perumpamaan orang munafiq yang membaca Quran adalah sebagai pohon kemangi, baunya wangi tetapi rasanya... adalah pahit”. Maksud hadis ini iaitu sesiapa yang berpura-pura adalah walaupun luaran begitu cantik, tetapi dalamnya adalah begitu jijik dan kotor, berwaspadalah terhadap orang-orang yang berpura-pura tahu, tetapi sebenarnya apa yang keluar dari mulutnya adalah cakap kosong sahaja.
Sesungguhnya Allah memimpin sesiapa yang dikehendakiNya ke jalan yang lurus. Firman Allah dalam surah Al-A’raf ayat 175: “…dan bacakanlah kepada mereka berita orang yang Kami berikan keterangan-keterangan Kami kepadanya, lalu dibuangkannya. Sebab itu mereka didatangi oleh syaitan, dan syaitan itu termasuk dalam golongan yang sesat”.
0 ulasan:
Catat Ulasan